Sunday, January 1, 2012

CARA MENGKAHWINKAN ARNAB


SALAM..bertemu kali ini di tajuk dan topik seperti diatas..sering kali kita bertemu dengan penternak/pembela arnab yg bertanya akan soalan " bagaimana kalau saya mahu kahwinkan arnab saya"? sedikit pengalaman saya serta track record saya pd hari ini,saya mahu berkongsi bagaimana cara2nya..baiklah seperti berikut :
1.pastikan arnab induk anda masing2 melepasi umur 7bln.( usia terbaik )
2.waktu yg terbaik ialah dari jam 6:30ptg dan keatas.
3.pastikan arnab anda sehat tanpa jangkitan apa2 penyakit.
4.masukan arnab betina di reban/sangkar arnab si pejantan.
5.tggu sehingga sekurang-kurangnya 15mnt.
6.selesai.
soalan lazim :
bagaimana kita mahu tahu mereka sudah berkahwin?
jawapan saya :
1.pastikan adegan perkahwinan arnab anda terjadi tanpa sebarang pergaduhan antara kedua induk.
2.sibetina cuba menaiki diatas badan pejantan ( ni tahap mmg betina kemaruk sgt nk kawin )
3.apabila pejantan berada diatas badan si arnab betina,arnab betina kelihatan mengangkat sedikit punggung ia.
4.si pejantan mendapat 1 klimaks yg menyebabkan ia jatuh kesisi,selalunya ke belah kiri,jika kanan juga tidak mengapa.
5.biarkan perkara sebegitu berlaku sehingga berapa banyak yg mereka mahukan,maksimum yang sy pernah hentikan sehingga 5 kali..kurang atau lebih tidak mendatangkan masalah..
soalan lazim :
kenapa bila saya mahu mengkahwinkan arnab saya,sibetina sepeti tidak mahu?
jawapan saya :
1.mgkin sibetina masih belum bersedia.
2.mgkin sibetina tidak ada rasa gersang.
3.mgkin sibetina tidak ada pengalaman berkahwin.
4.pejantan tidak tahu cara memikat si arnab betina.
5.pejantan tidak tahu cara2 mahu berkahwin.
jika anda dapati perkahwinan arnab anda berjalan dengan lancar,saya mahu anda semua bekalkan mereka rumput alfafa selepas 3 hari berlakunya perkahwinan tersebut,ini bertujuan utk menjadikan siibu arnab tadi dapat mencukupi bekalan protien dibadan apabila bersalin kelak,selain itu bekalan susu yg mencukupi utk anak2 arnab tersebut.bekalan alfafa hay selama 1 bulan utk ibu,1 bln 20 hari selepas bersalin dan utk anak2 arnab sehingga 4 bulan atau lebih sehingga 5 bulan.( jika tidak smpi 5 bln pun tk mengapa,jika ada lebih bagus )
soalan lazim :
perlu ke saya mesti sediakan rumput alfafa?
jawapan saya :
1.tak perlu ( jika anda tidak pentingkan kualiti )
2.tak perlu ( jika anda mahu berjimat )
3.tak perlu ( jika anda tidak sayangkan haiwan ternakan anda )
4.perlu ( andai anda bela arnab anda dengan kasih syg )
sekian..tqvm..:)

3 comments:

  1. kalu nk tahu pas diorg berkhwin kena asingkn semula ker or letak selmnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena asingkn.. nnt proses bunting lk.. arnab betina salunya akn jd lbh garang.. asingkan smpi dia beranak n susukan anak untuk tempoh 8 minggu sekurang2nya,,

      Delete
  2. betul ke si ibu dgn anak perlu diasingkan dgn si jantan?dgar kata jantan akn mkn anak2 dia

    ReplyDelete