Monday, January 2, 2012

AWAS PENYAKIT CIRIT PADA ARNAB

( GAMBAR HIASAN )

SALAM..kepada pembaca blog saya.tajuk seterusnya kali ini ialah seperti diatas..seperti yg kita sedia maklum penyakit " cirit " ini mampu menjadikan kita/anda rugi akibat pelaburan yg telah di buat.jadi sering kali kkta mendegar keluhan pihak2 yg menternak mahupun pembela arnab akibat penyakit yg boleh menyebabkan maut ini..jadi mari kita kupas sedikit apa yg termampu.. :
soalan lazim :
saya sudah lama membela arnab saya,selama ini ok je,tp skg boleh kena cirit pulak,mengapa mcm tu?
jawapan saya :
1.( kena periksa punca air minuman bersumber dari mana )
air bertapis adalah yg terbaik,kerana tidak memudaratkan ubat-ubatan,air takungan juga tidak terkecuali utk menyumbang kepada risiko kematian,cirit dan penyakit2 kerosakan organ dalaman serta kerosakan buah pinggang,selagi mana antibodi arnab mampu melawan bakteria jahat yg mendatang,selagi itulah mereka mampu sehat.tp bila sampai 1 masa,mereka pasti akan tewas..air hujan juga pd waktu sekarang bukanlah begitu bersih,arnab anda bukanlah jenis arnab liar utk minum air yg terbuka.jadi air bertapis seperti dirumah yg kita sering guna adalah jln penyelesaian yg terbaik stakat ini..
2.( periksa punca pemakanan )
jika pemakanan arnab anda 100% pellet,itu juga menyumbang kepada risiko penyakit cirit,secara langsung juga itu bakal menyumbang kepada penyakit2 kronik yg lain bakal arnab anda hadapi pd waktu masa yg akan dtg,jgn beri arnab anda jenis sayuran2 yg dari pasar,jgn beri daun atau tumbuhan yg anda juga tidak pasti akan khasiatnya secara khusus.periksa bekas mknn,mgkin sudah lama tidak diselengara dengan betul.
3.( periksa reban/sangkar )
secara majoritinya,sering kita terlihat keadaan yg mana reban atau sangkar arnab sering berkarat,bila berkarat dikaki arnab gemar menjilat karat yg ada dikaki dan juga dijaring..ini juga punca terbesar..selain dari itu arnab anda akan mengalami kematian yg seperti tiada punca dari fizikal,tetapi kerosakan organ dalaman yg kritikal.jika anda membuat pembedahan,anda akan dapati kerosakkan jantung dan juga hati yg teruk.
4.( periksa persekitaran )
penjagaan kebersihan keliling reban juga sama turut penting,tetapi risikonya tidak begitu tinggi,kecuali bau air kencingnya yg mengandungi amonia yg mampu merosakan hati arnab.ini juga mampu menyumbang kepada keciritan arnab.
5.( terkejut secara melampau )
hmm,keadaan ini juga salah 1 pemyumbang terbesar arnab kena cirit,ada jgk yg berlaku time tu jgk mereka mati,( on the spot )..seperti bunyi mercun,bunyi2 yg mengejut,keadaan yg bising juga tidak digemari arnab,mereka akan stress,lalu cirit.

pesan saya kepada anda semua,apa pun permasalah kesihatan arnab anda pasti akan lalui,kita tidak mampu utk mengelak sama skali,yg kita hanya mampu ialah mengurangkan risiko sahaja.tetapi saya mengalakan anda utk menjaga pemakanan arnab secara betul iaitu 30% pellet 70% hay,itu akan membantu meringankan risiko utk tidak menjadi kritikal bila di serang penyakit yg boleh menyebabkan kematian.dari itu,saya mendoakan anda semua semoga suksess didlm bidang penternakan arnab ini,saya juga manusia biasa,jika ada artikel2 yg lain boleh diguna pakai,haruslah kita ambil utk menjadi input pd masa akan datang..terima kasih..salam..tqvm. :)
( yg benar )
( ARNAB PELANGI ENTERPRISE )

No comments:

Post a Comment