Friday, January 6, 2012

ARNAB i-care..


( gambar hiasan )
SALAM..kepada pembaca blog setia saya ini,pada hari ini saya mahu mengupas serba sedikit tentang penjagaan arnab,utk pengumuman anda semua,tajuk yang bakal saya kupaskan ini ialah satu tajuk yg panjang,tp saya akan cuba menjadikan ia pendek sedikit dan juga tips ini sesuai jika anda ialah salah seorng yg gemar membela arnab secara jumlah yg amat sedikit..tips ini tidak sesuai utk mereka yang membela arnab secara skala besar..baiklah,mendapat atau ditanya tentang penjagaan arnab pastinya anda bakal bertemu dgn banyak pendapat dan juga pandangan,ini berlaku kerana pengalaman masing2 tidak sama,dan juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa,tetapi,habitat mereka 99% sama,dari itu bersabarlah jika anda menjadi pening sedikit.ok,cukup setakat ini mukadimah..kita terus ke segmen soal jawap tentang pembelaan arnab secara suka2..

SOALAN LAZIM :
saya masih baru bela arnab ni,boleh terangkn tk skit2 mcm mana nak jaga arnab ni?

JAWAPAN SAYA :
penjagaan arnab ini tidaklah susah mana,tapi kalau awk baru2,mungkin akan ada rasa susah sedikit,sebagai contoh,mengikut pengalaman saya,perkara yg asas ialah,penjagaan waktu pemakanan,penjagaan kebersihan dan penjagaan kesihatan.

SOALAN LAZIM :
ok,terangkan sikit pada saya,mcm mana nak jaga arnab punya cara pemakanan?

JAWAPAN SAYA :
ok,mcm ni,secara fitrah kejadiannya,kita sedia maklum,arnab ialah pemakanan tumbuh-tumbuhan,itu mmg kita tak boleh nk sangkal,jadi penjagaan pemakanan arnab ialah 30% keperluan bagi pellet( tk kira apa jenama ) 70% terdiri daripada hay ( alfafa hay,timothy hay dll hay,hanya hay terpilih sahaja )maksud 30%/70% ini saya lebih suka merumuskan contohnya begini,setiap hari pada pukul 1 ptg,saya akan beri arnab saya makan pellet sebanyak 100g setiap seekor arnab,tidak kira peringkat umur,dan pemberian makanan yg kedua ialah pada pukul 10mlm,pada waktu ini,arnab anda pasti akan begitu lapar,( tk smpi tahap nk matila ) jadi saya akan memberi jumlah timothy hay yg byk kepada mereka,perkara ini ialah salah satu kajian saya dlm penjagaan pemakanan arnab2 saya,ianya berhasil sama skali,kerana arnab saya sehat,tanpa sebarang diserang penyakit,alhamdulillah..memang beza jauh keadaan semasa saya focus pada pellet dulu..yang mana arnab saya sering mati,sakit2 dan berbagai penyakit2 lain.tapi jika anda suka melihat arnab anda makan,anda boleh lakukan begini,9pg beri pellet 100g,4ptg beri alfafa hay ( bkn induk jantan,betina kalau mengandung atau lps bersalin ok utk beri ) 10mlm beri timothy/alfafa hay,ini lagi terbaik..insyaallah,risiko arnab anda sakit,mmg akan turun secara mendadak,tak percaya?mengapa anda tidak cuba?

SOALAN LAZIM :
ok,mcm mn pula tentang penjagaan kebersihan reban/sangkar arnab?

JAWAPAN SAYA :
ok,penjagaan kebersihan arnab amat mudah,sehari 2 kali bersihkan reban atau sangkar dan kawasan sangkar atau reban,tak lupa juga dlm reban itu sendiri,bersihkanlah guna penyapu lidi ( jgn smpi cederakan arnab,tp biasanya ok2 je ) utk bersihkan bulu2 yg melekat,tahi yg tergantung gantung dan kotoran2 lain2,seminggu sekali basuh lantai mengunakan sabun2 pencuci baju,berus2 lantai,supaya bau2 yg kurang enak tidak menganggu jiran tetangga.jgn biarkan kawasan anda sentiasa basah,kerana,kalau sering basah,arnab anda akan sering dijangkiti kurap,ini sebab bakteria akan cepat membiak pd tmpt yg basah.sering mencuci bekas makanan arnab anda dan juga bekas minuman arnab anda.perkara ini juga saya telah menjadikan ia satu kajian sayadan hasilnya arnab saya susah mahu kena kurap atau penyakit2 kulit atau masalah bulu..kalau kena pun amat susah cepat merebak.

SOALAN LAZIM :
baiklah,cuba terangkan pula tentang penjagaan kesihatan arnab ?

JAWAPAN SAYA :
penjagaan kesihatan arnab kadang kala menjadi perkara spesifik,dan sering tk sependapat antara penternak2 arnab.tapi saya cuba kupaskan mana yg boleh menjadikan kita semua mudah utk terima,yg pertama arnab ialah haiwan yg sentiasa menjaga kebersihan,jadi mereka amat mudah mendapat penyakit,jadi penyediaan ubat-ubatan pd awal ialah satu langkah yg bijak,contohnya,seperti ubat anti cirit,ubat cacing,ubat kurap,ubat kutu,em4,ubat luka dan yg paling penting sekali ialah antibiotik untuk arnab,antibiotik harus diberi walaupun arnab anda tidak sakit,ini tujuan untuk menguatkan sistem daya tahan arnab anda melawan penyakit,sebulan sekali harus diberi kepada arnab,2 bulan sekali beri ia minum air yg di campur ubat anti cirit walaupun ia tidak cirit,2 hari sekali beri arnab anda minum air bercampurkan EM4 bertujuan membekalkan bakteria baik dlm usus,ini lebih hebat dari anda bekalkan arnab anda yakult,kerana setiap bakteria tidak sama sifatnya apabila bakteria itu wujud dlm usus,bakteria jahat dlm usus manusia tidak sama dengan bakteria jahat dlm usus haiwan,jadi EM4 tidak sesuai utk manusia,kerana bakteria baik utk haiwan dan manusia berbeza,ubat cacing 3 bulan sekali,ubat kurap harus injec jika terkena kurap sahaja begitu juga dgn ubat2 seperti kutu,dan dll seperti yg saya sebutkan diatas tadi.jika tips ini anda mampu utk ikut,insyaallah..saya yakin yg amat2 sgt,arnab anda menjadi berkualiti supeeeeerrrr power!!!! :P....

setakat ini sahaja kupasan saya,kalau diikutkan mmg panjang lagi,tp kita ambil mana yg mudah,jika ini dlm perbualan,akan menjadi pendek,saya berdoa dan berharap anda semua tidak menjadi susah utk menjaga arnab,sebarang soalan,anda bolehlah email saya dan juga hubungi saya,insyaallah,jika saya tidak menjawap mgkin sdg ada kerja yg saya lakukan..masih ramai di luar sana masih tidak tahu bagaimana utk menghargai haiwan bernama arnab,saya harap anda semua suksess,SALAM..TQVM..

No comments:

Post a Comment